Wednesday, December 22, 2010

KEPADAMU KEKASIH


PAMERAN KEPADAMU KEKASIH.

KepadaMu Kekasih yang diilhamkan dari lagu gubahan komposer M.Nasir
dari lirik karya Eunosasah diterjemahkan oleh sejumlah pelukis bagi
menzahirkan segala puji-pujian ke atas Keagungan Yang Maha Esa,
Pencipta Semesta Alam melalui paparan senilukis dengan gaya serta
inspirasi sanubari yang tersendiri.

Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara akan
mempamerkan 40 karya lukisan dari pelukis mapan tanahair tersebut
bermula 15 Disember – 28 Januari 2011 bertempat di Galeri Seni, Muzium
Negeri Terengganu. Pameran ini bertujuan memberikan apresiasi agar
dapat mencetuskan suatu renungan melalui penampilan makna-makna yang
tersurat dan tersirat melalui karya seni tersebut.

Karya-karya seperti Al-Basmallah (Thuluth) ciptaan Mohammed Yusof Abu
Bakar menggunakan unsur kaligrafi tradisonal dan Karya Dr.Sulaiman Esa
berjudul Garden Of Mystery dengan media campuran mengutarakan
persoalan kehidupan, syurga dan neraka adalah antara koleksi yang
terdapat di dalam pameran tersebut.

Pameran ini juga dijadikan satu media perkongsian intelektual
kerohanian antara peminat seni lukis dan pelukis tanahair seterusnya
memberikan pengalaman tersendiri dalam menikmati karya-karya yang
berkonsepkan sedemikian.

No comments:

Post a Comment

Who

Welcome My Blog