Friday, February 18, 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa yang penting yang telah berlaku dalam sejarah tamadun Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah, dan yang keduanya , Ia merupakan hari keagamaan di mana seluruh umat Islam di dunia mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Semoga kita dapat berhijrah ke arah yang lebih baik dan tercapai segala impian. Semoga hidup kita sekeluarga sentiasa di redha'i Allah dan segala amal ibadah kita diterima Allah. Hijrah menuntut sejuta kesabaran dan pengorbanan. Untuk menjadi insan yang bertaqwa, bukanlah sukar, cuma perlu menuntut kecekalan dan istiqamah yang berpanjangan. Semoga tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal oleh Allah, serta mendapat kejayaan yang cemerlang, gemilang, terbilang tahun ini.

Berhijrah dari anak yang baik kepada anak yang lebih baik, dari pelajar yang kurang baik kepada pelajar yang lebih baik, dari anak yang kurang baik kepada anak yang lebih baik, dari pemimpin yang kurang baik kepada pemimpin yang lebih baik. Marilah kita berhijrah dari menjalani hidup bersama-sama dengan azam penghijrahan sikap, daripada yang baik kepada yang lebih baik atau daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada kehidupan yang kabur kepada kehidupan yang bersih.

Kemuliaan Muharam yang pada hari ini kita berselawat dan memuji-muji Rasulullah merupakan satu amalan yang diperintah Allah kepada hamba-hambanya, bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah. Pembaca sekalian, marilah kita hayati pengorbanan dan penghijrahan Rasulullah dan para sahabat yang patut dicontohi untuk kita jadikan ikhtibar buat kehidupan kita seharian. Supaya kita tidak menjadi hamba Allah yang kufur terhadap (nikmat)-Nya.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehinggakan umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Selamat Tahun Baru kepada semua kaum muslimin dan muslimah. Happy Islamic New Year

Akhir kata bersabarlah dengan segala dugaan dan cabaran yg bakal mendatang. Semoga kita semua akan menjadi seorang insan yg berguna pada bangsa, negara dan agama. Insyaallah!
selamat menyambut Maal Hijrah..

Sumber di petik daripada:
http://tau9eh.blogspot.com/

Who

Welcome My Blog