Thursday, November 1, 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh  :1 November 2012
Hari      :
Khamis
Masa    : 7.45 pagi -9.30 pagi
Tempat : Dewan Alamanda SK Ibok

Pengenalan
Program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Ibok telah bermula pada tahun 2007. Salah satu objektif yang perlu dicapai oleh murid j-QAF ilah dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan baik dan khatam 30 Juzuk apabila tamat persekolahan Tahun 6.

Al-Hadis
Daripada Abu Umamah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. (Riwayat Muslim)

Monday, July 23, 2012

PELANCARAN BULAN MEMBACA 2012

Membaca Gaya Wawasan


Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaaan tidak terbatas

Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan mambaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan


Wednesday, July 11, 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Thursday, April 5, 2012

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).


Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).


Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.


Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:


(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).


(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:


(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.


PENTAKSIRAN


(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015. Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.


Jadual Pelaksanaan MBMMBI dan mekanisme “soft landing” adalah seperti yang dilampirkan.


“Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.

Kementerian Pelajaran sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti.
Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.

Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. Melalui kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.


Rasional

• Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

• Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

• Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.


Pelaksanaan


• Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT


• Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi


• Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun


• Bermula pada tahun 2012


• Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015


Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris


• Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA


• Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)


• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris


• Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris


Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia


• P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT


• Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT


• Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia


• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia


• Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris

Sumber : http://suzanalelawatty.blogspot.com

Who

Welcome My Blog