Tuesday, November 15, 2011

MAJLIS ANUGERAH ILMU SEKOLAH KEBANGSAAN IBOK 2011

Majlis Anugerah Ilmu Sekolah Kebangsaan Ibok 2011

HARI : SELASA
TARIKH : 15 NOVEMBER 2011
MASA : 8.00-12.4 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN ALAMANDA Sekolah Kebangsaan Ibok.

Ucapan Wakil Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ibok

Mutiara Kata
" Ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah"


Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah.

" Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah datangnya dan apabila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nya kamu minta tolong"
(Surah An-Nahl: 53)

Penyampaian Sijil Graduasi Pra Sekolah.

Persembahan PKIBP

Penyampaian hadiah

Persembahan Nasyid Sekolah Kebangsaan Ibok.

Mutiara Kata
"Kesungguhan Kunci Kejayaan"



Wednesday, September 28, 2011

Susu 1 Malaysia.


RM121.6j program Susu 1Malaysia

PENAMPANG 14 Sept. - Kerajaan pada tahun ini telah memperuntukkan sebanyak RM121.6 juta bagi program Susu 1Malaysia melibatkan seramai 1.4 juta pelajar tahun satu hingga enam di sekolah-sekolah luar bandar di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kuantiti susu yang dibekalkan bagi tempoh April hingga Disember ini ialah sebanyak 85.4 juta kotak berdasarkan kepada jumlah pesanan sebenar atau susu yang selamat diminum.

Jelas beliau, sekiranya terdapat mana-mana susu yang rosak, pihak kementerian tidak akan membayarnya dan ia telah dipersetujui oleh empat pembekal utama yang dilantik kerajaan dalam program itu.

"Selain pelajar di sekolah luar bandar, pelajar-pelajar di bandar yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut diberikan Susu 1Malaysia ini.

"Bagi Sabah, daripada jumlah 1.4 juta pelajar itu seramai 76,871 orang pelajar menerima bekalan susu sebanyak 4.6 juta kotak membabitkan kos sebanyak RM6.2 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Susu 1Malaysia peringkat daerah Penampang di Sekolah Kebangsaan Tampasak Tegudon di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Maimunah Suhaibul.

Mohd. Puad yang berkesempatan melawat asrama desa sekolah itu juga berjanji untuk menyediakan peruntukan segera kementerian sebanyak RM30,000 bagi membaik pulih beberapa struktur asrama itu seperti dinding dan bangunannya yang rosak.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program itu sebenarnya telah dimulakan pada April lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana berlaku beberapa kes keracunan dan pihak kementerian telah memutuskan untuk meneruskannya semula pada 1 Ogos lalu setelah beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) diperketatkan.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memantau proses pengagihan susu itu bermula daripada peringkat kilang hingga ia sampai ke tangan murid, bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Kualitinya adalah terjamin, tetapi sekiranya terdapat pihak pembekal yang gagal mematuhi SOP, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas," katanya.

ARKIB : 15/09/2011-http://www.utusan.com.my

Pelajar bersorak setelah menerima susu 1 Malaysia.

Pelajar gembira menerima susu 1 Malaysia

yang tidak cukup..lain hari kita usahakan lagi......

Wednesday, September 21, 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI KEBANGSAAN.

Sambutan Hari Raya & Hari Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Ibok 2011.

19 September 2011, Majlis Sambutan
Hari Raya dan Hari Kebangsaan peringkat sekolah telah diadakan. Program ini disertai oleh semua murid, guru dan kakitangan sekolah dan juga AJK PIBG. Sambutan Hari Kebangsaan bertujuan untuk memperingati jasa pejuang negara dan menilai sejauh mana diri dan minda kita sepenuhnya dari jajahan kuasa barat manakala sambutan hari raya di sekolah ini diharapkan dapat memupuk semangat 1 Malaysia serta mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan muri-murid, guru-guru dan kakitangan di sekolah ini.






















Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tarikh: 16 Mei 2011
Tempat: Dewan Alamanda Dan Padang Sekolah
Masa: 8.00 pagi


Sunday, May 15, 2011

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2011 - 18 Mei 2011.


Bahagian Perhubungan & Pemasaran
Muzium Negeri Terengganu,
Bukit Losong,
20566 KUALA TERENGGANU.
TERENGGANU DARULIMAN.

Tel : 09-6221444
Fax : 09 6266164.
facebook : terengganu state museum
blog : muziumnegeriterengganu.blogspot.com.

Sunday, April 3, 2011

Kejohanan Sukan Tahun Sekolah Kebangsan Ibok 2011 Kali Ke 12

IKRAR KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN IBOK
KALI KE 12, 2011

Kami Berikrar akan mengambil bahagian dalam Kejohanan
Sukan Sekolah Kebagsaan Ibok Kali ke 12 dengan ikhlas dan akan
bertanding dengan penuh berdisplin dan semangat kesukanan.


Perasmian oleh : En. Ruhisyam bin Ibrahim
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman

Lari Dalam Guni - Tahun 3

AJK PIBG SKIK

Rumah Kuning

Perbarisan

Penyampaian Hadiah Oleh : Tuan Guru Besar

Friday, February 18, 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa yang penting yang telah berlaku dalam sejarah tamadun Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah, dan yang keduanya , Ia merupakan hari keagamaan di mana seluruh umat Islam di dunia mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Semoga kita dapat berhijrah ke arah yang lebih baik dan tercapai segala impian. Semoga hidup kita sekeluarga sentiasa di redha'i Allah dan segala amal ibadah kita diterima Allah. Hijrah menuntut sejuta kesabaran dan pengorbanan. Untuk menjadi insan yang bertaqwa, bukanlah sukar, cuma perlu menuntut kecekalan dan istiqamah yang berpanjangan. Semoga tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal oleh Allah, serta mendapat kejayaan yang cemerlang, gemilang, terbilang tahun ini.

Berhijrah dari anak yang baik kepada anak yang lebih baik, dari pelajar yang kurang baik kepada pelajar yang lebih baik, dari anak yang kurang baik kepada anak yang lebih baik, dari pemimpin yang kurang baik kepada pemimpin yang lebih baik. Marilah kita berhijrah dari menjalani hidup bersama-sama dengan azam penghijrahan sikap, daripada yang baik kepada yang lebih baik atau daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada kehidupan yang kabur kepada kehidupan yang bersih.

Kemuliaan Muharam yang pada hari ini kita berselawat dan memuji-muji Rasulullah merupakan satu amalan yang diperintah Allah kepada hamba-hambanya, bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah. Pembaca sekalian, marilah kita hayati pengorbanan dan penghijrahan Rasulullah dan para sahabat yang patut dicontohi untuk kita jadikan ikhtibar buat kehidupan kita seharian. Supaya kita tidak menjadi hamba Allah yang kufur terhadap (nikmat)-Nya.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehinggakan umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Selamat Tahun Baru kepada semua kaum muslimin dan muslimah. Happy Islamic New Year

Akhir kata bersabarlah dengan segala dugaan dan cabaran yg bakal mendatang. Semoga kita semua akan menjadi seorang insan yg berguna pada bangsa, negara dan agama. Insyaallah!
selamat menyambut Maal Hijrah..

Sumber di petik daripada:
http://tau9eh.blogspot.com/

Who

Welcome My Blog