Wednesday, December 29, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2011


Tahun 2010 makin melabuhkan tirainya , Selamat Kembali ke Sekolah 2 Januari 2011. Semoga tahun depan murid-murid telah mempersiapkan diri dengan azam baru yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Kepada murid Tahun 1 "Selamat datang ke Sekolah Baru"dan semoga tahun depan juga akan memberikan banyak lagi kejayaan dan dipermudahkan segala urusan.......amin.



Wednesday, December 22, 2010

KEPADAMU KEKASIH


PAMERAN KEPADAMU KEKASIH.

KepadaMu Kekasih yang diilhamkan dari lagu gubahan komposer M.Nasir
dari lirik karya Eunosasah diterjemahkan oleh sejumlah pelukis bagi
menzahirkan segala puji-pujian ke atas Keagungan Yang Maha Esa,
Pencipta Semesta Alam melalui paparan senilukis dengan gaya serta
inspirasi sanubari yang tersendiri.

Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara akan
mempamerkan 40 karya lukisan dari pelukis mapan tanahair tersebut
bermula 15 Disember – 28 Januari 2011 bertempat di Galeri Seni, Muzium
Negeri Terengganu. Pameran ini bertujuan memberikan apresiasi agar
dapat mencetuskan suatu renungan melalui penampilan makna-makna yang
tersurat dan tersirat melalui karya seni tersebut.

Karya-karya seperti Al-Basmallah (Thuluth) ciptaan Mohammed Yusof Abu
Bakar menggunakan unsur kaligrafi tradisonal dan Karya Dr.Sulaiman Esa
berjudul Garden Of Mystery dengan media campuran mengutarakan
persoalan kehidupan, syurga dan neraka adalah antara koleksi yang
terdapat di dalam pameran tersebut.

Pameran ini juga dijadikan satu media perkongsian intelektual
kerohanian antara peminat seni lukis dan pelukis tanahair seterusnya
memberikan pengalaman tersendiri dalam menikmati karya-karya yang
berkonsepkan sedemikian.

Sunday, November 28, 2010

Majlis Anugerah Ilmu 2010

Penyampaian Cenderahati oleh Guru Besar SK Ibok, En. Haslah Bin Salleh kepada Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman, Tuan Haji Abdul Rahman Bin Kadir

Penyampaian hadiah kepada murid oleh Pengerusi PIBG, En. Mustapha Bin Salleh

Persembahan Ulik Mayang dari Tadika KEMAS Kg Ibok

Penghargaan kepada murid cemerlang UPSR tahun 2010, Syafiqah Syuaibah Bt Mohd Azha


Perkhemahan Unit-Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Ibok 2010




30 September 2010 - Sekolah Kebangsaan Ibok, Kemaman telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2010 selama 3 hari 2 malam bertempat di padang sekolah. Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Ibok. Matlamat perkhemahan tahunan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli dalam pasukan pakaian seragam sekolah Sekolah Kebangsaan Ibok di samping dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin, berdikari dan berkredibiliti tinggi.

Wednesday, November 24, 2010

Who

Welcome My Blog