Wednesday, January 23, 2013

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2013

Pada 28 September 2012 , YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2013 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.


Bacaan Doa oleh En. Abas bin Sidek

Ibubapa / Penjaga turut meriahkan majlis tersebut

Ucapan dari Menteri Besar Terengganu.

Pembahagian Bantuan oleh Menteri Besar Terengganu


Ibubapa mendaftar penerimaan bantuan RM100







Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013



Selamat Datang 2013 dan Selamat Tinggal 2012. Semoga Tahun 2013 ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada 2012. Mudah-mudahanNya. Amin. Sudah semestinya 2012 yang baru sahaja berlalu meninggalkan kita dengan seribu kenangan untuk dikenang. Ada kemanisan, ada kedukaan…..
Jadi pada ruangan ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun yang baru akan digunakan untuk mempertingkatkan dan menambahbaik apa jua kekurangan dan kelemahan yang ada pada 2012. Manusia tidak pernah dan tidak akan sempurna.

Lumrah di tahun baru, persoalan mengenai AZAM baru mesti menjadi topik utama. Apakah Azam 2012 sudah tercapai ?? Bagi yang belum mencapai azam 2012, tidak salah rasanya andai azam tersebut diteruskan lagi pada 2013.Sejauh mana kita mahu mencapai sasaran yang kita sasarkan, bukan sekadar ikut orang. Orang ada azam, kita pun mahu ada juga. Tapi hanya sekadar kata-kata di mulut, secara praktikalnya tiada sebarang usaha ke arah tersebut.



SELAMAT DATANG 2013, SELAMAT TINGGAL 2012
SEMOGA TAHUN 2013 AKAN MEMBERI SINAR DAN HARAPAN YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN 2012. SERIBU KEMANISAN DAN SERIBU KEBAIKAN SERTA KERAHMATAN.

Who

Welcome My Blog